Skip to content

Seksyen 2

Tafsiran

of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 4) 2013

P.U. (A)In forceProvision 2 of 9
Seksyen 2

(1)

Dalam Perintah ini—

“bangunan” ertinya suatu bangunan yang terletak dalam Tun Razak Exchange yang telah dibina oleh pemaju yang diluluskan selaras dengan pelan pembangunan bagi

Tun Razak Exchange;

"pelupusan" termasuk layanan stok dagangan menurut subseksyen 24(2) Akta;

“pemaju yang diluluskan” ertinya—

(a)

sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965

[Akta 125] dan bermastautin di Malaysia untuk menjalankan pembangunan dalam Tun Razak Exchange selaras dengan pelan induk Tun Razak Exchange yang diluluskan; dan

(b)

sebuah syarikat yang diluluskan oleh Menteri;

P.U. (A) 28 3