Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Pengecualian
(1)
Menteri mengecualikan pemaju yang diluluskan daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan tujuh puluh peratus pendapatan berkanunnya yang terbit daripada—
(a)
pelupusan mana-mana bangunan atau hak ke atas mana-mana bangunan atau sebahagian bangunan sehingga tahun taksiran 2022, tertakluk kepada maksima lima (5) tahun taksiran berturut-turut bermula dari tahun pertama taksiran pemaju yang diluluskan itu memperoleh pendapatan berkanun dari pelupusan tersebut (selepas ini disebut sebagai “tahun-tahun taksiran dikecualikan”); dan
(b)
sewa suatu bangunan atau sebahagian suatu bangunan sehingga tahun taksiran 2027, tertakluk kepada maksima lima (5) tahun taksiran berturut-turut bermula dari tahun pertama taksiran pemaju yang diluluskan itu memperoleh pendapatan berkanun dari aktiviti sewaan tersebut (selepas ini disebut sebagai “tahun-tahun taksiran dikecualikan”).
(2)
Apa-apa amaun pendapatan berkanun pemaju yang diluluskan bagi suatu tahun taksiran daripada suatu punca yang terdiri daripada perniagaan yang disebut dalam subsubperenggan 3(1)(a) atau (b) yang tidak dikecualikan di bawah Perintah ini hendaklah disifatkan sebagai jumlah pendapatan pemaju yang diluluskan itu.
P.U. (A) 28 4
(3)
Menteri boleh menarik balik pengecualian cukai atas pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan (1) jika pemaju yang diluluskan gagal untuk menjalankan aktiviti pembangunan selaras dengan pelan induk Tun Razak
Exchange atau gagal mematuhi mana-mana syarat yang diluluskan yang telah ditetapkan oleh Menteri.
(4)
Pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan (1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran yang dikecualikan hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang diberikan di bawah Jadual 3 Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.
(5)
Dengan syarat bahawa jika aset digunakan bagi maksud aktiviti yang disebut dalam subperenggan (1) digunakan juga bagi maksud aktiviti atau perniagaan selain aktiviti itu yang mula-mula disebut, maka elaun yang diberikan di bawah Jadual 3
Akta hendaklah dipotong sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira setakat mana aset itu digunakan bagi maksud aktiviti yang mula-mula disebut itu.
(6)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan pemaju yang diluluskan daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberi apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan
Akta.
Peruntukan khas bagi pemaju yang diluluskan