Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), perbelanjaan modal yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah perbelanjaan modal yang dinyatakan dalam ruang (4)
Jadual yang dilakukan oleh orang yang layak berhubung dengan suatu bangunan, kilang, jentera atau loji yang digunakan di Malaysia semata-mata bagi maksud menjalankan aktiviti yang layak.
(2)
Melainkan jika dinyatakan selainnya dalam Jadual, perbelanjaan modal yang layak tidak termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan ke atas—
(a)
mana-mana bangunan yang digunakan sebagai tempat tinggal seseorang; atau
(b)
mana-mana jentera atau loji yang disediakan secara keseluruhannya atau sebahagiannya bagi kegunaan pengarah atau individu yang merupakan anggota pengurusan, pentadbiran atau pekerja perkeranian bagi orang yang layak itu.
5
Pengecualian