Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 6(1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada
Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.
(2)
Jika suatu bangunan, kilang, jentera atau loji digunakan bagi maksud suatu aktiviti yang layak juga digunakan bagi maksud suatu aktiviti selain suatu aktiviti yang layak, maka amaun elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta hendaklah dipotong sebagaimana munasabah mengambil kira setakat yang bangunan, kilang, jentera atau loji itu digunakan bagi maksud aktiviti yang layak.
(3)
Jika pengecualian diberikan kepada orang yang layak di bawah subperenggan 6(1) bagi suatu tahun taksiran, suatu amaun yang bersamaan dengan amaun elaun yang disebut dalam subperenggan 6(1) hendaklah dikecualikan daripada cukai bagi tahun taksiran itu.
(4)
Jika, oleh sebab ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun, pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya sebagaimana yang orang yang layak itu berhak di bawah subperenggan 6(1) bagi tahun taksiran itu, maka sekian banyak daripada pendapatan berkanun yang berkenaan dengannya pengecualian tidak boleh diberikan bagi tahun taksiran itu, hendaklah diberikan pengecualian bagi tahun taksiran pertama yang berikutnya bagi tempoh asas yang orang yang layak itu mempunyai pendapatan berkanun daripada aktiviti yang layak itu, dan bagi tahun atau tahun-tahun taksiran yang berikutnya sehinggalah pengecualian diberikan berkenaan dengan keseluruhan pendapatan berkanun sebagaimana yang orang yang layak itu berhak di bawah subperenggan 6(1).
Pelupusan bangunan, kilang, jentera atau loji dalam tempoh dua tahun