Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Jika perbelanjaan modal yang layak dilakukan oleh orang yang layak ke atas bangunan, kilang, jentera atau loji yang digunakan bagi maksud suatu aktiviti yang layak dan bangunan, kilang, jentera atau loji itu dilupuskan pada bila-bila masa dalam tempoh dua tahun dari tarikh perolehan bangunan, kilang, jentera atau loji itu, pengecualian
7
yang diberikan berkenaan dengan amaun pendapatan berkanun yang bersamaan dengan amaun elaun bagi perbelanjaan modal yang layak itu hendaklah ditarik balik dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang bangunan, kilang, jentera atau loji itu dilupuskan.
Penentuan perbelanjaan modal yang layak bagi bangunan, kilang, jentera atau loji yang dilupuskan kepada syarikat berkaitan 9.
Jika orang yang layak melupuskan kepada syarikat berkaitannya apa-apa bangunan, kilang, jentera atau loji yang berkenaan dengannya pengecualian dipohon oleh orang yang layak itu di bawah Perintah ini, amaun perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat berkaitan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu jumlah yang bersamaan dengan sifar.
Penarikan balik pengecualian