Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2017

Seksyen 2

(1)

Dalam Perintah ini—

“aktiviti yang layak” ertinya rawatan sisa, pemulihan sisa atau pengitaran semula sisa dalam Taman Eko Sisa;

“pengendali”

ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia yang menjalankan sekurang-kurangnya satu aktiviti yang layak;

“perbelanjaan modal yang layak” ertinya perbelanjaan modal yang dilakukan oleh pengendali berhubung dengan jentera atau loji yang digunakan di Malaysia semata-mata bagi maksud menjalankan aktiviti yang layak, tetapi tidak termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan ke atas mana-mana jentera atau loji yang disediakan secara keseluruhannya atau sebahagiannya bagi kegunaan pengarah atau individu yang merupakan anggota pengurusan, pentadbiran atau pekerja perkeranian bagi pengendali itu;

“syarikat berkaitan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327];

3

“Taman Eko Sisa” ertinya suatu tempat bagi aktiviti kitar semula, pemulihan dan rawatan sisa dijalankan yang mempunyai ciri-ciri minimum yang berikut:

(a)

infrastruktur asas seperti jalan, sistem pengaliran, utiliti dan pembentungan;

(b)

bangunan dan kemudahan bagi penerimaan dan pengasingan sisa;

(c)

kemudahan rawatan air sisa;

(d)

bangunan bagi kemudahan kitar semula, pemulihan atau rawatan sisa; dan

(e)

bangunan bagi pusat pendidikan dan kesedaran.

(2)

Kecuali bagi subperenggan 3(1) dan (2), perenggan 46 dan 55 Jadual 3

kepada Akta hendaklah terpakai berhubung dengan apa-apa sebutan mengenai

“dilakukan” dalam Perintah ini, dan perkataan “melakukan” hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

Pengecualian