Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (5), Menteri mengecualikan pengendali dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak yang bersamaan dengan amaun elaun sebanyak seratus peratus daripada perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh pengendali itu.
(2)
Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) adalah bagi tempoh lima tahun berturut-turut bermula dari tarikh perbelanjaan modal yang layak yang pertama dilakukan oleh pengendali sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia.
4
(3)
Tarikh permulaan yang disebut dalam subperenggan (2) tidak boleh lebih awal daripada tiga tahun sebelum tarikh permohonan bagi pengecualian dibuat dan tidak boleh lebih awal daripada 1 Disember 2015.
(4)
Permohonan bagi pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah dibuat kepada Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada atau selepas 1 Januari 2016 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.
(5)
Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
Taman Eko Sisa telah diluluskan oleh pihak berkuasa yang dinyatakan dalam Jadual, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan yang berkenaan sebelum aktiviti yang layak dilaksanakan;
(b)
pengendali hendaklah menyenggara rekod mengenai semua sisa dan produk yang masuk ke dalam dan keluar dari Taman Eko Sisa dan menghantar laporan berkala mengenai rekod itu kepada pengurus;
(c)
hanya sisa yang diperoleh dalam Malaysia, termasuk zon bebas atau gudang pengilangan berlesen, yang dikitar semula, dipulihkan atau dirawat dalam Taman Eko Sisa dan pengendali tidak dibenarkan untuk mengimport sisa ke dalam Malaysia; dan
(d)
pengendali mematuhi semua undang-undang bertulis, garis panduan, syarat dan arahan berhubung dengan pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini dan berhubung dengan pengurusan sisa.
(6)
Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan pengendali daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun, atau memberikan apa-apa maklumat lain, di bawah Akta.
5
(7)
Jika pengendali telah diberikan pengecualian di bawah subperenggan (1), mana-mana syarikat berkaitan kepada pengendali tidak layak mendapat pengecualian di bawah subperenggan (1) berhubung dengan aktiviti yang layak yang sama.
(8)
Dalam perenggan ini—
“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan
Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397];
“pengurus” ertinya pengurus yang disebut dalam Perintah Cukai Pendapatan
(Pengecualian) (No. 6) 2017 [P.U. (A) 237/2017].
Pendapatan berkanun