Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Jika perbelanjaan modal yang layak dilakukan oleh pengendali ke atas jentera atau loji yang digunakan bagi maksud suatu aktiviti yang layak dan jentera atau loji itu dilupuskan pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun dari tarikh perolehan jentera atau loji itu, pengecualian yang diberikan berkenaan dengan amaun pendapatan berkanun yang bersamaan dengan amaun elaun bagi perbelanjaan modal yang layak itu hendaklah ditarik balik dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang jentera atau loji itu dilupuskan.
Penentuan perbelanjaan modal yang layak bagi jentera atau loji yang dilupuskan kepada syarikat berkaitan 6.
Jika pengendali melupuskan kepada syarikat berkaitannya apa-apa jentera atau loji yang berkenaan dengannya pengecualian dipohon oleh pengendali itu di bawah
Perintah ini, amaun perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat berkaitan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu jumlah yang bersamaan dengan sifar.
Penarikan balik pengecualian