Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pengecualian
(1)
Menteri mengecualikan suatu institusi anggota dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun kumpulan wang pemegang syer yang diperoleh daripada perniagaan yang disebut dalam subperenggan (2) yang bersamaan dengan levi pertama atau levi tahunan yang dibayar daripada kumpulan wang pemegang syer itu kepada Perbadanan Insurans
Deposit Malaysia bagi tahun taksiran itu.
(2)
Perniagaan yang disebut dalam subperenggan (1) ialah perniagaan yang berhubung dengan—
(a)
kumpulan wang hayat;
(b)
kumpulan wang keluarga;
(c)
kumpulan wang am;
3
(d)
mana-mana perniagaan insurans komposit yang terdiri daripada kumpulan wang hayat dan kumpulan wang am; atau
(e)
mana-mana perniagaan takaful komposit yang terdiri daripada kumpulan wang keluarga dan kumplan wang am.
(3)
Jika, oleh sebab ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun, pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya sebagaimana institusi anggota itu berhak di bawah subperenggan (1) bagi tahun taksiran itu, maka sekian banyak daripada pendapatan berkanun yang berkenaan dengannya pengecualian tidak boleh diberikan bagi tahun taksiran itu, hendaklah diberikan pengecualian bagi tahun taksiran pertama yang berikutnya bagi tempoh asas yang mana institusi anggota itu mempunyai pendapatan berkanun kumpulan wang pemegang syer yang diperoleh daripada perniagaan yang disebut dalam subperenggan (2), dan bagi tahun atau tahun-tahun taksiran yang berikutnya sehinggalah pengecualian diberikan berkenaan dengan keseluruhan pendapatan berkanun sebagaimana yang institusi anggota itu berhak di bawah subperenggan (1).
(4)
Bagi maksud perenggan ini—
(a)
“levi pertama” ertinya apa-apa levi yang kena dibayar oleh suatu institusi anggota kepada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia menurut seksyen 71 Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011;
dan
(b)
“levi tahunan” ertinya apa-apa levi yang kena dibayar oleh suatu institusi anggota kepada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia menurut seksyen 72 dan 73 Akta Perbadanan Insurans Deposit
Malaysia 2011.
4
Dibuat 23 November 2018
[Perb. (8.09) 248/40/7-1411 VOL.2(51); LHDN.01/35/(S)/42/51/286-39; PN(PU2)80/XCI]
LIM GUAN ENG
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai
Pendapatan 1967]
5
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 4) ORDER 2018