Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan orang yang tidak bermastautin di Malaysia daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan yang diperoleh dari Malaysia yang berhubungan dengan apa-apa amaun bayaran untuk perisian sedia guna, lesen tapak, perisian yang boleh dimuat turun atau perisian yang digabungkan dengan perkakasan komputer peribadi, telefon pintar atau tablet yang diterima daripada pengguna akhir yang hendaklah merupakan seseorang individu pemastautin di Malaysia yang membeli perisian atau memperoleh apa-apa hak untuk menggunakan perisian bagi kegunaan peribadi dan bukan untuk kegunaan dalam perniagaannya.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang itu daripada mematuhi apa-apa kehendak bagi mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk memberikan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.
Ketidakpakaian