Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2020

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan seseorang majikan daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan apa-apa dana bantuan kewangan yang diterima oleh majikan itu di bawah Program Pengekalan Pekerjaan.

(2)

Bagi maksud subperenggan (1), Program Pengekalan Pekerjaan adalah suatu program bantuan kewangan yang diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial untuk majikan mengekalkan pekerjanya yang telah diberi notis cuti tanpa gaji untuk tempoh dari 1 Mac 2020 hingga 30 Jun 2020.

(3)

Untuk menjadi layak mendapatkan pengecualian di bawah Perintah ini, permohonan bagi dana bantuan kewangan yang disebut dalam subperenggan (1)

oleh majikan hendaklah diterima oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial pada atau selepas 20 Mac 2020 tetapi tidak lewat daripada 15 Jun 2020.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan majikan itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau mengemukakan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.

P.U. (A) 306 3

Akaun berasingan

Section 2 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2020