Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2021

Seksyen 2

Dalam Perintah ini —

“orang yang layak” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 2016 [Akta 777], atau suatu persatuan atau organisasi yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang menjalankan perniagaan atau aktiviti selain perniagaan atau aktiviti mempromosikan dan menganjurkan persidangan;

“pendapatan berkanun” ertinya fi dan pembayaran lain yang diterima oleh orang yang layak daripada mempromosikan dan menganjurkan persidangan termasuklah mengurus penginapan, melancong dan darmawisata bagi peserta asing yang diperoleh daripada menganjurkan persidangan yang diadakan di Malaysia, ditolak perbelanjaan yang dibenarkan bagi maksud cukai dan elaun modal, jika ada; dan

“peserta asing” ertinya individu yang bukan warganegara Malaysia yang menyertai persidangan yang diadakan di Malaysia, tetapi tidak termasuk individu yang bukan warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia.

P.U. (A) 195 3