Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pengecualian
(1)
Menteri mengecualikan orang yang layak yang bermastautin di Malaysia daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada menganjurkan persidangan yang diadakan di Malaysia.
(2)
Pengecualian dalam subperenggan (1) tidak terpakai jika jumlah bilangan peserta asing yang dibawa masuk oleh orang yang layak itu bagi persidangan yang diadakan di Malaysia adalah kurang daripada lima ratus dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk mengemukakan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
Penyelenggaraan akaun yang berasingan