Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2022 (PINDAAN) 2024
Seksyen 3
Pindaan perenggan 2
(a)
dengan memasukkan selepas takrif “pengendali pendanaan ramai ekuiti”
takrif yang berikut:
‘ “perkongsian liabiliti terhad nomini” ertinya suatu perkongsian liabiliti terhad yang—
(a)
berdaftar di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
[Akta 743];
(b)
bermastautin di Malaysia;
3
(c)
ditubuhkan oleh suatu pengendali pendanaan awam ekuiti di Malaysia untuk menerima pelaburan daripada individu yang layak; dan
(d)
melabur bagi pihak individu yang layak itu melalui suatu platform pendanaan awam ekuiti dalam suatu syarikat penerima pelaburan;’; dan
(b)
dengan menggantikan takrif “syarikat nomini” dengan takrif yang berikut:
‘ “syarikat nomini” ertinya suatu syarikat yang—
(a)
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016;
(b)
bermastautin di Malaysia;
(c)
ditubuhkan oleh suatu pengendali pendanaan awam ekuiti di Malaysia untuk menerima pelaburan daripada individu yang layak; dan
(d)
melabur bagi pihak individu yang layak itu melalui suatu platform pendanaan awam ekuiti dalam suatu syarikat penerima pelaburan;’.
Pindaan perenggan 3