Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“individu yang layak” ertinya seorang individu yang bermastautin di Malaysia dan membuat suatu pelaburan dalam syarikat penerima pelaburan;
“pengendali pendanaan ramai ekuiti” ertinya—
(a)
suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016
[Akta 777]; dan
(b)
berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai pengendali pasaran yang diiktiraf untuk mengendalikan suatu platform pendanaan ramai ekuiti di Malaysia di bawah Garis Panduan Pasaran Diiktiraf yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia;
“platform pendanaan ramai ekuiti” ertinya suatu platform pengumpulan dana ekuiti dalam talian yang dikendalikan oleh pengendali pendanaan ramai ekuiti;
P.U. (A) 142 3
“Suruhanjaya Sekuriti Malaysia” ertinya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498];
“syarikat nomini” ertinya suatu syarikat yang—
(a)
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016;
(b)
bermastautin di Malaysia; dan
(c)
ditubuhkan oleh suatu pengendali pendanaan ramai ekuiti di Malaysia untuk menerima pelaburan daripada individu yang layak bagi maksud pelaburan melalui suatu platform pendanaan ramai ekuiti dalam suatu syarikat penerima pelaburan;
“syarikat penerima pelaburan” ertinya suatu syarikat yang—
(a)
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016, tidak termasuk syarikat persendirian terkecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 2
Akta Syarikat 2016;
(b)
bermastautin di Malaysia; dan
(c)
dihoskan di suatu platform pendanaan ramai ekuiti untuk menawarkan syernya;
“syer” ertinya syer yang ditawarkan di platform pendanaan ramai ekuiti.
Pengecualian