Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2022

Seksyen 3

(1)

Menteri mengecualikan seorang individu yang layak berkenaan dengan suatu amaun daripada pendapatan agregatnya dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, daripada pembayaran cukai pendapatan dalam tahun taksiran kedua selepas tahun taksiran yang suatu pelaburan dibuat oleh individu yang layak itu.

P.U. (A) 142 4

(2)

Individu yang layak dalam subperenggan (1) hendaklah—

(a)

membuat suatu pelaburan dalam suatu syarikat penerima pelaburan pada atau selepas 1 Januari 2021 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2023; dan

(b)

membuat suatu pelaburan dalam bentuk pemegangan syer yang dibayar secara tunai kepada suatu syarikat penerima pelaburan melalui suatu platform pendanaan ramai ekuiti atau melalui suatu syarikat nomini (selepas ini disebut sebagai “pelaburan”).

(3)

Bagi maksud perenggan ini, amaun yang dinyatakan di bawah subperenggan (1) hendaklah—

(a)

suatu amaun yang bersamaan dengan lima puluh peratus amaun pelaburan yang dibuat oleh individu yang layak itu dan hendaklah tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi setiap tahun taksiran; dan

(b)

terhad kepada sepuluh peratus daripada pendapatan agregat individu yang layak itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang pengecualian itu diberikan.

(4)

Jika amaun yang disebut dalam subperenggan

(3)

melebihi pendapatan agregat individu yang layak itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang baginya pengecualian itu diberikan, lebihan amaun itu tidak boleh dibayar balik kepada individu yang layak itu atau digunakan sebagai kredit untuk menolak liabiliti cukainya bagi tahun taksiran itu atau mana-mana tahun taksiran berikutnya.

P.U. (A) 142 5

(5)

Pengecualian di bawah perenggan ini adalah tertakluk kepada syarat bahawa—

(a)

individu yang layak itu mendapat suatu perakuan tahunan daripada pengendali pendanaan ramai ekuiti berhubung dengan pelaburan dan amaun pelaburan, dan perakuan tahunan itu hendaklah ditentusahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia;

(b)

pelaburan itu tidak dilupuskan, sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, dalam tempoh dua tahun dari tarikh pelaburan itu dibuat; dan

(c)

individu yang layak itu tidak mempunyai ibu atau bapa, termasuklah ibu atau bapa mertua, anak, termasuklah anak tiri atau anak angkat mengikut mana-mana undang-undang, abang atau kakak atau adik, atau datuk, nenek atau cucu, atau suami atau isteri, yang membuat apa-apa pelaburan dalam syarikat penerima pelaburan itu.

(6)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan seorang individu yang layak daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

Ketidakpakaian