Malaysia legislation

Section 6

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2023

Seksyen 6

(1)

Dalam menentukan pendapatan berkanun suatu syarikat yang layak yang disebut dalam subperenggan 5(1), pendapatan harta intelek yang berikut yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak syarikat yang layak itu hendaklah tidak diambil kira—

P.U. (A) 382 6

(a)

royalti dan pendapatan lain yang diperoleh pada atau selepas 1 Julai 2018 tetapi sebelum 1 Julai 2021 daripada hak harta intelek yang baharu yang dimiliki oleh syarikat yang layak; dan

(b)

royalti dan pendapatan lain yang diperoleh pada atau selepas 1 Julai 2021 daripada semua hak harta intelek yang dimiliki oleh syarikat yang layak.

(2)

Bagi maksud subperenggan (1)—

(a)

suatu syarikat yang layak memiliki hak harta intelek jika syarikat yang layak itu adalah pemilik atau pemegang lesen hak itu; dan

(b)

royalti dan pendapatan lain yang diperoleh daripada hak harta intelek jika ia boleh diterima sebagai balasan bagi pengeksploitasian secara komersial hak itu.

(3)

Apa-apa pendapatan harta intelek yang disebut dalam subperenggan (1)

adalah tertakluk kepada cukai di bawah Akta.

(4)

Dalam perenggan ini—

“hak harta intelek” ertinya suatu hak yang timbul daripada apa-apa paten, penemuan dan inovasi utiliti, hak cipta, cap dagangan dan cap perkhidmatan, reka bentuk industri, reka bentuk susun atur litar bersepadu, kepandaian dan proses atau formula rahsia, petunjuk geografi dan pemberian geran perlindungan varieti tumbuhan, dan hak-hak lain yang serupa, sama ada yang berdaftar atau boleh daftar;

“hak harta intelek yang baharu” ertinya hak harta intelek berhubung dengan aktiviti yang layak syarikat yang layak yang menjadi milik syarikat yang layak—

(a)

pada atau selepas 1 Julai 2018; atau

P.U. (A) 382 7

(b)

selepas 16 Oktober 2017 tetapi sebelum 1 Julai 2018 akibat perolehan oleh syarikat yang layak, secara langsung atau tidak langsung, daripada syarikat berkaitan.

Pendapatan berkanun