Malaysia legislation

Section 7

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2023

Seksyen 7

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 5(1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.

(2)

Jika suatu aset digunakan bagi maksud suatu aktiviti yang layak juga digunakan bagi maksud suatu aktiviti selain aktiviti yang layak itu, maka amaun elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta hendaklah dipotong sebagaimana munasabah dengan mengambil kira setakat yang aset itu digunakan bagi maksud aktiviti yang layak itu.

(3)

Pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 5(1) yang diperoleh daripada aktiviti yang layak itu hendaklah tujuh puluh peratus daripada pendapatan berkanun dalam tahun taksiran yang dikecualikan.

Kerugian