Malaysia legislation

Section 8

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2023

Seksyen 8

(1)

Apa-apa amaun kerugian larasan yang dialami berhubung dengan aktiviti yang layak dari tahun taksiran dalam tempoh asas aktiviti yang layak yang disebut dalam subperenggan 5(1) bermula sehingga tahun taksiran sebaik sebelum tahun taksiran yang dikecualikan itu, dan dalam masa tahun taksiran yang dikecualikan, hendaklah dibawa ke hadapan dan dipotong daripada pendapatan berkanun daripada aktiviti yang layak itu bagi tempoh tujuh tahun taksiran berturut-turut dan tempoh itu bermula sebaik selepas tamat tempoh tahun taksiran yang dikecualikan dan apa-apa amaun atau baki amaun yang tidak boleh dipotong pada akhir tempoh itu tidak boleh diambil kira bagi maksud Akta.

P.U. (A) 382 8

(2)

Sekian banyak daripada kerugian larasan yang disebut dalam subperenggan (1) yang telah digunakan untuk mengurangkan pendapatan berkanun daripada aktiviti yang layak itu bagi suatu tahun taksiran tidak boleh diambil kira bagi maksud subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta.

Pemakaian potongan bagi penggalakan eksport di bawah Akta Penggalakan

Pelaburan 1986

Section 8 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 4) 2023