Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“Lembaga Arkitek Malaysia” ertinya suatu lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Arkitek 1967 [Akta 117];
“orang” ertinya seseorang yang bermastautin di Malaysia dan berkenaan dengan suatu syarikat, merujuk kepada suatu syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“perbelanjaan yang layak” ertinya suatu perbelanjaan tambahan yang dilakukan berhubungan dengan pembinaan suatu bangunan, pengubahan, pengubahsuaian, sambungan atau pembaikan terhadap bangunan sedia ada, atau loji atau jentera bagi maksud mendapatkan perakuan indeksbangunanhijau sebagaimana yang diperakukan oleh Lembaga Arkitek Malaysia.
P.U. (A) 325 3