Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2011

Seksyen 4

Perintah ini tidak terpakai bagi seseorang yang telah melakukan perbelanjaan yang layak ke atas suatu bangunan, loji atau jentera bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika dalam tempoh asas tersebut orang itu telah menuntut berkenaan dengan bangunan, loji atau jentera itu—

(a)

elaun cukai pelaburan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986

[Akta 327];

(b)

elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A Akta;

P.U. (A) 325 4

(c)

elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada

Akta;

(d)

elaun modal dipercepatkan di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali bagi suatu bangunan yang telah ditetapkan oleh Menteri sebagai bangunan industri di bawah perenggan 80 Jadual 3 kepada Akta; atau

(e)

pengecualian cukai di bawah mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen 127 Akta untuk sebahagian atau suatu amaun bersamaan dengan perbelanjaan yang dilakukan.

Pengecualian

Section 4 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2011