Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Menteri mengecualikan seseorang dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun daripada perniagaannya.
(2)
Amaun pengecualian berkenaan dengan suatu perniagaan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah suatu amaun bersamaan dengan perbelanjaan yang layak yang dilakukan oleh orang itu bagi maksud memperoleh suatu perakuan indeksbangunanhijau yang dikeluarkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia bagi suatu bangunan yang digunakan bagi maksud perniagaan itu.
(3)
Perbelanjaan yang layak yang dilakukan oleh orang yang disebut dalam subperenggan (2)
hendaklah disifatkan telah dilakukan pada hari perakuan indeksbangunanhijau itu dikeluarkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia.
(4)
Jika perbelanjaan yang layak itu telah dilakukan oleh orang itu sebelum perniagaannya bermula, perbelanjaan yang layak itu hendaklah dituntut dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang orang itu memulakan perniagaannya.
P.U. (A) 325 5
(5)
Jika disebabkan suatu ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun seseorang daripada perniagaannya bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran—
(a)
suatu pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya ke atas amaun yang orang itu berhak di bawah subperenggan (1) bagi tahun taksiran itu; dan
(b)
amaun itu, yang tidak boleh diberikan pengecualian atau yang tidak boleh diberikan pengecualian sepenuhnya sebagaimana yang disebut dalam subsubperenggan (a) bagi tahun taksiran itu, hendaklah dikecualikan bagi tahun taksiran pertama yang berikutnya bagi tempoh asas yang terdapat pendapatan berkanun daripada perniagaan itu, dan bagi tahun-tahun taksiran berikutnya sehingga keseluruhan amaun yang orang itu berhak dikecualikan.
(6)
Walau apapun subperenggan (5), jika perbelanjaan yang layak itu dilakukan ke atas suatu bangunan, loji atau jentera dan bangunan, loji atau jentera itu dilupuskan pada bila-bila masa dalam tempoh dua tahun dari tarikh pemerolehan, pengecualian yang orang itu sepatutnya layak, hendaklah disifatkan tidak diberikan kepada orang itu dan jika pengecualian telah diberikan, pengecualian itu hendaklah ditarik balik dalam tempoh asas bangunan, loji atau jentera itu dilupuskan.
(7)
Bagi maksud perenggan ini, “dilupuskan”
(a)
berkenaan dengan suatu bangunan, hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam perenggan 48 Jadual 3 kepada
Akta; atau
(b)
berkenaan dengan suatu loji atau jentera, hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam perenggan 61 Jadual 3
kepada Akta.
P.U. (A) 325 6
(8)
Dalam kes pelupusan suatu bangunan, loji atau jentera di bawah perenggan 38 Jadual 3 kepada Akta, pemeroleh hendaklah disifatkan telah melakukan perbelanjaan yang layak berhubung dengan bangunan, loji atau jentera suatu amaun bersamaan dengan jumlah perbelanjaan baki pelupus pada hari pertama tempoh akhir pelupus.
(9)
Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk mengemukakan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.
Perbelanjaan yang layak di bawah suatu perjanjian sewa beli