Malaysia legislation

Section 6

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2011

Seksyen 6

(1)

Jika orang yang layak bagi suatu pengecualian menurut subperenggan 5(1) menjadi pihak suatu perjanjian sewa beli untuk membeli suatu loji atau jentera bagi maksud perniagaannya berhubung dengan suatu bangunan yang dikeluarkan perakuan indeksbangunanhijau oleh Lembaga Arkitek Malaysia, amaun pengecualian yang akan diberikan berkenaan dengan perbelanjaan yang layak yang dilakukan oleh orang itu bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hendaklah—

(a)

bahagian modal bagi mana-mana pembayaran ansuran yang dibuat oleh orang itu di bawah suatu perjanjian sewa beli; atau

(b)

jika terdapat lebih daripada satu pembayaran, agregat pembayaran tersebut yang dibuat oleh orang itu di bawah suatu perjanjian sewa beli.

(2)

Bagi maksud Perintah ini, orang itu hendaklah disifatkan sebagai pemunya loji atau jentera yang dibeli di bawah suatu perjanjian sewa beli.

Elaun modal dan elaun bangunan industri

Section 6 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2011