Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2012

Seksyen 3

(1)

Menteri mengecualikan suatu pusat pengurusan perbendaharaan daripada pembayaran cukai pendapatan bagi lima tahun taksiran berturut-turut

P.U. (A) 240 3

berkenaan dengan pendapatan statutori daripada penyediaan perkhidmatan yang layak kepada syarikat berkaitannya yang terletak di luar Malaysia dan syarikat berkaitannya yang terletak di Malaysia (selepas ini disebut sebagai “tahun taksiran yang dikecualikan”).

(2)

Bagi maksud subperenggan (1), penyediaan perkhidmatan yang layak oleh pusat pengurusan perbendaharaan itu hendaklah dibuat sekurang-kurangnya kepada tiga syarikat berkaitannya yang terletak di luar Malaysia dalam suatu tempoh asas bagi setiap tahun taksiran yang dikecualikan.

(3)

Permulaan tahun taksiran yang dikecualikan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(4)

Pendapatan statutori yang dikecualikan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah ke atas—

(a)

70% pendapatan statutori daripada penyediaan perkhidmatan yang layak kepada syarikat berkaitannya yang terletak di luar

Malaysia; dan

(b)

sebahagian pendapatan daripada penyediaan perkhidmatan yang layak kepada syarikat berkaitannya yang terletak di Malaysia dan hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:

A x C

B apabila,

A ialah amaun sebagaimana yang ditentukan mengikut formula yang berikut:

20 X amaun kesemua pendapatan daripada penyediaan 80 perkhidmatan yang layak;

P.U. (A) 240 4

B ialah amaun pendapatan kasar daripada penyediaan perkhidmatan yang layak kepada syarikat berkaitannya di

Malaysia; dan

C ialah amaun pendapatan statutori daripada penyediaan perkhidmatan yang layak kepada syarikat berkaitannya di

Malaysia.

(5)

Pendapatan statutori daripada perniagaan yang dikecualikan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran dalam tempoh yang dikecualikan hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang sepatutnya dibuat di bawah Jadual 3 Akta walaupun bahawa tiada tuntutan bagi apa-apa elaun telah dibuat.

Peruntukan khas bagi pusat pengurusan perbendaharaan

Section 3 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2012