Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2012

Seksyen 4

(1)

Jika suatu pusat pengurusan perbendaharaan menjalankan perniagaannya di Malaysia—

(a)

apa-apa bayaran berhubungan dengan penyediaan perkhidmatan yang layak yang diterima, atau telah dibayar oleh pusat itu daripada, atau kepada mana-mana syarikat berkaitannya yang terletak di luar Malaysia atau di Malaysia hendaklah pada selengan;

(b)

apa-apa faedah yang dikenakan, atau dibayar oleh pusat itu daripada, atau kepada mana-mana syarikat berkaitannya yang terletak di luar Malaysia atau di Malaysia hendaklah pada harga pasaran.

(2)

Jika Ketua Pengarah berpendapat bahawa dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran—

P.U. (A) 240 5

(a)

apa-apa bayaran berhubung dengan penyediaan perkhidmatan yang layak di bawah subperenggan (1)(a), adalah kurang atau lebih daripada harga selengan; atau

(b)

apa-apa faedah yang dikenakan, atau telah dibayar di bawah subperenggan (1)(b) adalah berlebihan, dia boleh menggantikan harga berkenaan dengan penyediaan perkhidmatan yang layak, atau tidak membenarkan amaun faedah yang dikenakan atau dibayar yang berlebihan, dalam menentukan pendapatan larasan pusat itu.

Sumber berasingan

Section 4 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2012