Malaysia legislation

Section 6

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2012

Seksyen 6

Layanan cukai bagi pusat pengurusan perbendaharaan yang mengalami kerugian

(1)

Jika pusat pengurusan perbendaharaan itu didapati mempunyai kerugian larasan di bawah subseksyen 44(2) Akta bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran semasa mana-mana tahun taksiran yang dikecualikan berkenaan dengan sumber perniagaan yang terdiri daripada penyediaan perkhidmatan yang layak kepada syarikat berkaitannya yang terletak di luar Malaysia, amaun kerugian larasan itu tidaklah boleh diambil kira daripada sumber yang terdiri daripada penyediaan perkhidmatan yang layak di Malaysia dan perniagaan lain.

(2)

Jika pusat pengurusan perbendaharaan itu ditentukan mempunyai kerugian di bawah subseksyen 43(2) Akta bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran semasa mana-mana tahun taksiran yang dikecualikan berkenaan dengan sumber perniagaan yang terdiri daripada penyediaan perkhidmatan yang layak kepada syarikat berkaitannya yang terletak di luar Malaysia, amaun kerugian larasan itu tidaklah boleh

P.U. (A) 240 6

diambil kira daripada sumber yang terdiri daripada penyediaan perkhidmatan yang layak di Malaysia dan perniagaan lain.

(3)

Apa-apa baki kerugian larasan yang ditentukan menurut subseksyen 43(2) dan 44(2) Akta berkenaan dengan sumber perniagaan yang terdiri daripada penyediaan perkhidmatan yang layak kepada syarikat berkaitannya yang terletak di luar Malaysia tidaklah boleh diambil kira bagi maksud Akta ini dalam tahun atau tahun-tahun taksiran yang berikutnya selepas tahun taksiran yang dikecualikan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Ketidakpakaian

Section 6 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2012