Malaysia legislation

Section 7

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2012

Seksyen 7

Perintah ini tidaklah terpakai—

(a)

kepada suatu pusat pengurusan perbendaharaan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika pusat itu, bagi tahun taksiran itu—

(i)

telah membuat suatu tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A atau elaun pelaburan di bawah Jadual 7B Akta;

(ii)

telah diberikan apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan

Pelaburan 1986 [Akta 327];

(iii)

telah diberikan pengecualian di bawah seksyen 127 Akta;

(iv)

telah membuat tuntutan bagi potongan di bawah mana-mana

Kaedah–Kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali elaun di bawah Jadual 3 Akta; atau

(v)

gagal memenuhi syarat yang ditentukan oleh Menteri;

(b)

mana-mana permohonan yang dibuat kepada Lembaga Kemajuan

Pelaburan Malaysia pada atau selepas 1 Januari 2017.

P.U. (A) 240 7

Dibuat 30 Julai 2012

[Perb.(SK.); LHDN. 01/35/(S)/42/51/231-7.13; PN(PU2)80/LXIV]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai

Pendapatan 1967]

P.U. (A) 240 8

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 5) ORDER 2012

Section 7 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2012