Skip to content

Seksyen 3

Pengecualian

of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 5) 2013

P.U. (A)In forceProvision 3 of 4
Seksyen 3

(1)

Menteri mengecualikan bukan pemastautin daripada pembayaran cukai pendapatan berkaitan dengan—

(a)

apa-apa bayaran di bawah perenggan 4A Akta;

P.U. (A) 39 4

(b)

faedah;

(c)

royalti;

(d)

bayaran kontrak di bawah seksyen 107A Akta; dan

(e)

keuntungan atau laba lain di bawah perenggan 4(f) Akta, yang diterima daripada orang yang layak berhubung dengan aktiviti yang layak.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh dibebaskan atau disifatkan telah membebaskan bukan pemastautin daripada mematuhi apa-apa kehendak bagi mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.