Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2017

Seksyen 3

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (4), Menteri mengecualikan pengendali dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan seratus peratus daripada pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak.

(2)

Pengecualian yang disebut dalam subperenggan (1) adalah bagi tempoh lima tahun berturut-turut dan permulaan tempoh pengecualian hendaklah ditentukan oleh

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

(3)

Permohonan bagi pengecualian di bawah subperenggan (1) hendaklah dibuat kepada Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada atau selepas 1 Januari 2016 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020.

(4)

Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

Taman Eko Sisa telah diluluskan oleh pihak berkuasa yang dinyatakan dalam Jadual, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan yang berkenaan sebelum aktiviti yang layak dilaksanakan;

(b)

pengendali hendaklah menyenggara rekod mengenai semua sisa dan produk yang masuk ke dalam dan keluar dari Taman Eko Sisa dan menghantar laporan berkala mengenai rekod itu kepada pengurus;

(c)

hanya sisa yang diperoleh dalam Malaysia, termasuk zon bebas atau gudang pengilangan berlesen, yang dikitar semula, dipulihkan atau dirawat dalam Taman Eko Sisa dan pengendali tidak dibenarkan untuk mengimport sisa ke dalam Malaysia; dan 4

(d)

pengendali mematuhi semua undang-undang bertulis, garis panduan, syarat dan arahan berhubung dengan pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini dan berhubung dengan pengurusan sisa.

(5)

Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan pengendali daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain, di bawah Akta.

(6)

Jika pengendali telah diberikan pengecualian di bawah subperenggan (1), mana-mana syarikat berkaitan kepada pengendali tidak layak mendapat pengecualian di bawah subperenggan (1) berhubung dengan aktiviti yang layak yang sama.

(7)

Dalam perenggan ini—

“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan

Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan

Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397];

“pengurus” ertinya pengurus yang disebut dalam Perintah Cukai Pendapatan

(Pengecualian) (No. 6) 2017 [P.U. (A) 237/2017];

“syarikat berkaitan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh

Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327].

Pendapatan berkanun