Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), Menteri mengecualikan suatu syarikat daripada pembayaran cukai pendapatan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu perniagaan menyediakan perkhidmatan pengurusan dana bagi Dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab di Malaysia.
(2)
Dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah memenuhi kehendak-kehendak yang dinyatakan dalam garis panduan yang berhubungan dengan
Dana
Pelaburan
Mampan dan
Bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberi apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.
Akaun berasingan