Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Menteri mengecualikan apa-apa bantuan kewangan yang diterima oleh seseorang pekerja daripada majikannya di bawah Program Pengekalan Pekerjaan dalam penentuan pendapatan kasar penggajiannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.
(2)
Bagi maksud subperenggan (1), Program Pengekalan Pekerjaan adalah suatu program di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang diuruskan oleh
Pertubuhan Keselamatan Sosial yang memberikan bantuan kewangan sebanyak enam ratus ringgit sebulan bagi tempoh cuti tanpa gaji kepada pekerja—
(a)
yang telah diberikan notis cuti tanpa gaji oleh majikannya bagi tempoh antara 1 Mac 2020 hingga 30 Jun 2020;
(b)
yang bergaji tidak melebihi empat ribu ringgit sebulan; dan
(c)
yang telah berdaftar dengan dan mencarum kepada Sistem Insurans
Pekerjaan di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017
[Akta 800].
3
(3)
Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan pekerja itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun, atau mengemukakan apa-apa maklumat lain, di bawah Akta.
Dibuat 19 Oktober 2020
[MOF.TAX.700-3/1/343); LHDN.AY.A.600-12/1/7-29(33); PN(PU2)80/LXXVII]
DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 127(4)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
4
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 5) ORDER 2020