Seksyen 1
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Cukai
Pendapatan
(Pengecualian) (No. 5) 2021.
(2)
Perintah ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2021
hingga tahun taksiran 2023.
Tafsiran
/akn/my/act/pua/2021/209
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2021 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 209 2021, currently marked in force and first recorded in 2021.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Cukai
Pendapatan
(Pengecualian) (No. 5) 2021.
Perintah ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2021
hingga tahun taksiran 2023.
Tafsiran
Dalam Perintah ini—
“Dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab” ertinya dana pelaburan mampan dan bertanggungjawab yang dinyatakan dalam Garis Panduan Dana Pelaburan
Mampan dan Bertanggungjawab yang dikeluarkan atau disemak semula oleh
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia;
“Suruhanjaya Sekuriti Malaysia” ertinya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498];
“syarikat” ertinya suatu syarikat pengurusan dana yang—
dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671]
atau berdaftar dengan
Suruhanjaya
Sekuriti
Malaysia sebagai
3
suatu perbadanan pengurusan modal usaha niaga atau suatu perbadanan pengurusan ekuiti persendirian.
Pengecualian
,
Menteri mengecualikan suatu syarikat daripada pembayaran cukai pendapatan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu perniagaan menyediakan perkhidmatan pengurusan dana bagi
Dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab di Malaysia.
Pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini hendaklah tertakluk kepada syarikat mendapatkan perakuan tahunan daripada
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bahawa syarat yang berikut telah dipenuhi iaitu syarikat—
menyediakan perkhidmatan pengurusan dana bagi
Dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab di Malaysia;
melakukan perbelanjaan operasi tahunan sekurang-kurangnya dua ratus lima puluh ribu ringgit
(RM250,000.00) di Malaysia; dan
dalam hal syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran
Modal dan Perkhidmatan 2007, dua orang pekerja sepenuh masa di Malaysia yang salah seorang daripada pekerja itu memegang suatu Lesen Wakil Perkhidmatan
Pasaran Modal di bawah Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007; atau
dalam hal syarikat yang berdaftar dengan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai suatu perbadanan
4
pengurusan modal usaha niaga atau suatu perbadanan pengurusan ekuiti persendirian, dua orang pekerja sepenuh masa di Malaysia yang salah seorang daripada pekerja itu adalah orang yang bertanggungjawab yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
Akaun berasingan
Syarikat itu hendaklah menyenggara suatu akaun yang berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan yang disebut dalam subperenggan 3(1)
dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran dan pendapatan itu hendaklah dikira sebagai suatu sumber perniagaan yang berasingan dan berlainan bagi syarikat itu.
Pemakaian perenggan 5 dan 6 Jadual 7A Akta
Perenggan 5 dan 6 Jadual 7A Akta hendaklah terpakai, mutatis mutandis, bagi amaun pendapatan berkanun yang dikecualikan di bawah subperenggan 3(1).
Ketidakpakaian
Perintah ini tidak terpakai bagi suatu syarikat jika dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran—
syarikat itu telah diberikan apa-apa insentif di bawah seksyen 60G Akta; atau
syarikat itu telah diberikan apa-apa pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta.
5
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 127(4)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
Dibuat 3 Mei 2021
[Perb.
MOF.TAX.700-3/1/4
JLD.2;
LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)96;
PN(PU2)80/Jld. 101]
6
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 5) ORDER 2021
Opening note
This Order comes into operation from the year of assessment 2021 until the year of assessment 2023.
Interpretation 2.
In this Order—
“Sustainable and Responsible Investment Fund” means sustainable and responsible investment fund specified in the Guidelines on Sustainable and Responsible Investment
Funds issued or revised by the Securities Commission Malaysia;
“Securities Commission Malaysia” means the Securities Commission Malaysia established under the Securities Commission Malaysia Act 1993 [Act 498];
“company” means a fund management company which is—
licensed under the Capital Markets and Services Act 2007 [Act 671] or registered with the Securities Commission Malaysia as a venture capital management corporation or a private equity management corporation.
7
Exemption 3.
Subject to subparagraph (2), the Minister exempts a company from the payment of income tax in a basis period for a year of assessment in respect of the statutory income derived from a business of providing fund management services for Sustainable and Responsible Investment Fund in Malaysia.
An exemption granted under this Order shall be subject to the company obtaining annual certification from the Securities Commission Malaysia that the following conditions have been fulfilled namely the company—
provides fund management services for Sustainable and Responsible
Investment Fund in Malaysia;
incurs annual operating expenditure of at least two hundred and fifty thousand ringgit (RM250,000.00) in Malaysia; and
in the case of a company licensed under the Capital Markets and
Services Act 2007, two full-time employees in Malaysia of which one of the employees holds a Capital Markets Services
Representative’s Licence under the Capital Markets and
Services Act 2007; or
in the case of a company registered with the
Securities
Commission
Malaysia as a venture capital management corporation or a private equity management corporation, two full-time employees in Malaysia of which one of the employees is a responsible person approved by the
Securities Commission Malaysia.
8
Nothing in subparagraph (1) shall absolve or be deemed to have absolved the company from complying with any requirement to submit any return or statement of accounts or to furnish any other information under the Act.
Separate account 4.
The company shall maintain a separate account for the income derived from the business referred to in subparagraph 3(1) in the basis period for each year of assessment and that income shall be treated as a separate and distinct source of business for the company.
Application of paragraphs 5 and 6 of Schedule 7A of the Act 5.
Paragraphs 5 and 6 of Schedule 7A to the Act shall apply, mutatis mutandis, to the amount of statutory income exempted under subparagraph 3(1).
Non-application 6.
This Order shall not apply to a company if in the basis period for a year of assessment—
the company has been granted any exemption under paragraph 127(3)(b) or subsection 127(3A) of the Act.
[To be laid before Dewan Rakyat pursuant to subsection 127(4) of the
Income Tax Act 1967]
Made 3 May 2021
[Perb.
MOF.TAX.700-3/1/4
JLD.2;
LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)96;
PN(PU2)80/Jld. 101]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Minister of Finance