Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Tertakluk kepada subperenggan
(2)
,
Menteri mengecualikan suatu syarikat daripada pembayaran cukai pendapatan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu perniagaan menyediakan perkhidmatan pengurusan dana bagi
Dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab di Malaysia.
(2)
Pengecualian yang diberikan di bawah Perintah ini hendaklah tertakluk kepada syarikat mendapatkan perakuan tahunan daripada
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bahawa syarat yang berikut telah dipenuhi iaitu syarikat—
(a)
menyediakan perkhidmatan pengurusan dana bagi
Dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab di Malaysia;
(b)
melakukan perbelanjaan operasi tahunan sekurang-kurangnya dua ratus lima puluh ribu ringgit
(RM250,000.00) di Malaysia; dan
(c)
mempunyai sekurang-kurangnya—
(i)
dalam hal syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran
Modal dan Perkhidmatan 2007, dua orang pekerja sepenuh masa di Malaysia yang salah seorang daripada pekerja itu memegang suatu Lesen Wakil Perkhidmatan
Pasaran Modal di bawah Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007; atau
(ii)
dalam hal syarikat yang berdaftar dengan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai suatu perbadanan
4
pengurusan modal usaha niaga atau suatu perbadanan pengurusan ekuiti persendirian, dua orang pekerja sepenuh masa di Malaysia yang salah seorang daripada pekerja itu adalah orang yang bertanggungjawab yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
(3)
Tiada apa-apa dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
Akaun berasingan