Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2022

Seksyen 3

Pengecualian

(1)

Menteri mengecualikan seorang individu yang layak daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan kasar daripada semua punca pendapatan di bawah seksyen 4 Akta, tidak termasuk punca pendapatan daripada perniagaan perkongsian di Malaysia, yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.

(2)

Pendapatan yang dikecualikan di bawah subperenggan (1) hendaklah telah tertakluk kepada cukai yang sama sifatnya dengan cukai pendapatan di bawah undang-undang wilayah yang pendapatan itu terbit.

P.U. (A) 234 3

(3)

Bagi maksud subperenggan (2), pendapatan diambil kira sebagai telah tertakluk kepada cukai yang sama sifatnya dengan cukai pendapatan jika pendapatan yang diterima di Malaysia oleh individu yang layak itu mematuhi syarat yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan layanan cukai berhubung dengan pendapatan yang diterima dari luar negara yang dikeluarkan oleh

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

(4)

Apa-apa potongan berhubung dengan pendapatan yang dikecualikan di bawah perenggan ini tidak diambil kira bagi maksud menentukan pendapatan yang boleh dikenakan cukai individu yang layak itu.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan individu yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.

Dibuat 18 Julai 2022

[Perb. MOF.TAX(S)700-1/1/3; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-221; PN(PU2)80/JLD. 107]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 127(4)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 234 4

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 5) ORDER 2022

Section 3 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2022