Seksyen 10
of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 5) 2023
P.U. (A)In forceProvision 9 of 12
Seksyen 10
(1)
Menteri boleh menarik balik pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan 5(1) sekiranya syarikat yang layak gagal mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan berhubung dengan pengecualian itu.
(2)
Jika pengecualian ditarik balik mengikut subperenggan
(1)
, pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan 5(1) berkenaan dengan apa-apa amaun pendapatan berkanun hendaklah disifatkan tidak diberikan kepada syarikat yang layak itu dari tahun pertama tempoh pengecualian.