Malaysia legislation

Section 11

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2023

Seksyen 11

(1)

Jika syarikat yang layak menjalankan suatu aktiviti yang layak dan aktiviti selain aktiviti yang layak, setiap aktiviti hendaklah dikira sebagai suatu punca aktiviti berasingan dan berlainan bagi syarikat yang layak itu.

(2)

Syarikat yang layak yang diberikan pengecualian di bawah subperenggan 5(1) hendaklah menyenggara suatu akaun berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada setiap aktiviti yang disebut dalam subperenggan (1).

Pemakaian perenggan 5 dan 6 Jadual 7A kepada Akta