Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Ketidakpakaian
(a)
berhubung dengan perniagaan baharu, yang memulakan—
P.U. (A) 383 9
(i)
aktiviti perkhidmatan selepas dua belas bulan dari tarikh kelulusan
Menteri atau selepas tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Menteri;
atau
(ii)
aktiviti pengilangan selepas dua puluh empat bulan dari tarikh kelulusan Menteri atau selepas tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Menteri; atau
(b)
berhubung dengan projek pembesaran, menyelesaikan projek pembesaran itu selepas dua puluh empat bulan dari tarikh kelulusan Menteri, atau selepas tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Menteri; dan
(c)
dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran itu—
(i)
telah membuat suatu tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A kepada Akta atau elaun pelaburan bagi sektor perkhidmatan di bawah Jadual 7B kepada Akta;
(ii)
telah diberikan apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan
Pelaburan 1986 berkenaan dengan aktiviti yang layak yang sama;
(iii)
telah diberikan pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b)
atau subseksyen 127(3A) Akta berkenaan dengan aktiviti yang layak yang sama; atau
(iv)
telah membuat suatu tuntutan bagi suatu potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali—
(A)
kaedah-kaedah berhubung dengan elaun di bawah Jadual 3
kepada Akta;
P.U. (A) 383 10
(B)
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan
(Potongan bagi
Perbelanjaan Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006];
(C)
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan
(Potongan bagi
Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan
Yuran Pemfailan Cukai) 2014 [P.U. (A) 336/2014]; atau
(D)
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan
(Potongan bagi
Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan
Yuran Pemfailan Cukai) 2020 [P.U. (A) 162/2020].
Dibuat 11 September 2023
[Perb.MOF.TAX(S)700-1/3/73; LHDN.A.Y.A600-12/1(29)-185; PN(PU2)80/JLD.110]
ANWAR BIN IBRAHIM
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 127(4)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 383 11
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 5) ORDER 2023