Skip to content

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 5) 2023

P.U. (A)In forceProvision 2 of 12
Seksyen 2

“aktiviti yang layak” ertinya suatu aktiviti sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subperenggan 3(2);

“perbelanjaan modal yang layak” ertinya suatu perbelanjaan modal sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 6;

“perniagaan baharu” ertinya aktiviti yang layak yang pertama yang dijalankan oleh suatu syarikat berstatus BioNexus;

“projek pembesaran” ertinya suatu projek sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subperenggan 4(2);

“syarikat berstatus BioNexus” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang terlibat dalam perniagaan sains kehidupan seperti biologi, perubatan, antropologi, ekologi atau apa-apa cabang sains lain, yang berurusan dengan organisma hidup dan organisasinya, proses kehidupannya dan hubungan antara satu dengan yang lain dan alam sekitarnya;

P.U. (A) 383 3

“syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 4.