Malaysia legislation

Section 4

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2023

Seksyen 4

(1)

Suatu syarikat yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu syarikat berstatus BioNexus—

(a)

yang menjalankan aktiviti yang layak di bawah subperenggan 3(2)

berhubung dengan perniagaan baharu atau projek pembesaran;

dan

(b)

yang telah diberikan pengecualian di bawah Perintah ini dan mematuhi syarat yang dikenakan oleh Menteri yang berhubungan dengan pengecualian.

(2)

Bagi maksud Perintah ini, projek pembesaran ialah suatu projek yang dijalankan oleh suatu syarikat berstatus BioNexus bagi membesarkan aktiviti yang layak yang sedia ada.

(3)

Aktiviti yang layak yang sedia ada yang disebut dalam subperenggan (2)

hendaklah—

(a)

melibatkan pelaburan baharu dalam aktiviti yang layak; dan

P.U. (A) 383 4

(b)

tidak pernah diberi pengecualian di bawah Perintah ini dan

Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 4) 2023

[P.U. (A) 382/2023].

Pengecualian

Section 4 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2023