Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Menteri mengecualikan suatu syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu perniagaan baharu atau projek pembesaran, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang bersamaan dengan amaun perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
(2)
Permohonan bagi pengecualian hendaklah—
(a)
dibuat secara bertulis oleh suatu syarikat berstatus BioNexus dan diterima oleh Menteri melalui Malaysian Bioeconomy Development
Corporation Sdn. Bhd. pada atau selepas 1 Januari 2019 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2022; dan
(b)
mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh
Menteri berhubung dengan permohonan itu.
(3)
Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) hendaklah tertakluk kepada syarikat yang layak itu mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh
Menteri berhubung dengan pengecualian itu sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan, yang hendaklah termasuk yang berikut:
(a)
menggaji bilangan pekerja sepenuh masa yang mencukupi di Malaysia yang diluluskan oleh Menteri bagi menjalankan aktiviti yang layak; dan
(b)
melakukan amaun perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi di Malaysia atau amaun pelaburan dalam harta tetap yang
P.U. (A) 383 5
mencukupi di Malaysia, yang diluluskan oleh Menteri bagi menjalankan aktiviti yang layak.
(4)
Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) adalah bagi tempoh lima tahun berturut-turut (selepas ini disebut sebagai “tempoh pengecualian”)
bermula dari tarikh perbelanjaan modal yang layak yang pertama yang dilakukan oleh syarikat yang layak itu sebagaimana yang ditentukan oleh Malaysian Bioeconomy
Development Corporation Sdn. Bhd.
(5)
Tarikh perbelanjaan modal yang layak yang pertama yang dilakukan oleh syarikat yang layak itu hendaklah tidak boleh lebih awal dari tiga tahun dari tarikh kelulusan Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan.
(6)
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan syarikat yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.
Perbelanjaan modal yang layak