Malaysia legislation

Section 6

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2023

Seksyen 6

(1)

Tertakluk kepada subperenggan (2), perbelanjaan modal yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah perbelanjaan modal yang dilakukan oleh suatu syarikat yang layak ke atas suatu aset yang digunakan di Malaysia bagi maksud suatu perniagaan baharu atau projek pembesaran, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang berikut:

(a)

berhubung dengan pengilangan atau penyelidikan berasaskan pengilangan, kilang, bangunan yang digunakan bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan, loji dan jentera; atau

(b)

berhubung dengan pertanian atau penyelidikan berasaskan pertanian, pembersihan dan penyediaan tanah, menanam tanaman

(penanaman pertama atau penanaman tanaman percubaan),

P.U. (A) 383 6

penyediaan sistem pengairan atau saliran, penyediaan loji dan jentera, pembelian atau pembinaan suatu bangunan yang digunakan bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan, atau aktiviti pertanian (termasuk bangunan yang disediakan untuk kebajikan atau tempat kediaman orang-orang bekerja di ladang), pembinaan jalan akses, jambatan dan apa-apa penambahbaikan struktur tetap atas tanah yang terbentuk sebagai sebahagian daripada tanah yang digunakan bagi perniagaan itu.

(2)

Perbelanjaan modal yang layak yang disebut dalam subperenggan (1)

hendaklah tidak termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan ke atas—

(a)

mana-mana bangunan yang digunakan sebagai tempat tinggal; atau

(b)

mana-mana jentera atau loji yang disediakan secara keseluruhannya atau sebahagiannya bagi kegunaan pengarah atau individu yang merupakan anggota pengurusan atau pentadbiran, atau pekerja perkeranian, bagi syarikat yang layak itu.

Pendapatan berkanun

Section 6 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 5) 2023