Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Tertakluk kepada subperenggan (2), pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 5(1) dalam tempoh asas bagi setiap tahun taksiran hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.
(2)
Jika suatu aset digunakan bagi maksud suatu aktiviti yang layak juga digunakan bagi maksud suatu aktiviti selain aktiviti yang layak itu, maka amaun elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 kepada Akta hendaklah dipotong sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira setakat yang aset itu digunakan bagi maksud aktiviti yang layak itu.
P.U. (A) 383 7
(3)
Amaun pendapatan berkanun yang dikecualikan yang disebut dalam subperenggan 5(1) hendaklah tidak melebihi tujuh puluh peratus bagi setiap tahun taksiran.
(4)
Jika, oleh sebab sekatan pengecualian kepada tujuh puluh peratus daripada pendapatan berkanun menurut subperenggan (3) atau ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun syarikat yang layak daripada aktiviti yang layak, pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya sebagaimana yang syarikat yang layak itu berhak di bawah subperenggan 5(1) bagi tahun taksiran itu, maka sekian banyak daripada amaun yang tidak boleh dikecualikan bagi tahun taksiran itu hendaklah disifatkan sebagai perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan bagi maksud subperenggan 5(1) bagi tahun taksiran pertama yang berikutnya dan demikianlah seterusnya bagi tahun-tahun taksiran yang berikutnya sehinggalah semua amaun yang ia berhak sedemikian dikecualikan.
Pelupusan aset dalam tempoh dua tahun