Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2011

Seksyen 2

(1)

Menteri mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran cukai pendapatan atas 65% pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu punca yang terdiri daripada penyediaan perkhidmatan profesional yang layak yang diberikan di

Labuan oleh orang itu kepada suatu entiti Labuan mulai tahun taksiran 2011 hingga tahun taksiran 2020.

(2)

Bagi maksud subperenggan (1)

“entiti Labuan” ertinya entiti yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445]; dan

“perkhidmatan profesional yang layak”

ertinya perkhidmatan perundangan, perakaunan, kewangan atau kesetiausahaan.

Dibuat 19 Disember 2011

[Perb.(C)0.217(SJ.18) Vol.5 (SK.7); LHDN 01/35/(S)/42/51/231-12; PN(PU)80/LXII]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai

Pendapatan 1967]

3

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 6) ORDER 2011