Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
of Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 6) 2012
“orang bukan pemastautin” ertinya suatu syarikat berkaitan dengan pusat pengurusan perbendaharaan atau suatu institusi kewangan yang tidak bermastautin di
Malaysia bagi maksud seksyen 8 Akta;
“pusat pengurusan perbendaharaan” ertinya suatu syarikat yang—
(a)
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan bermastautin di Malaysia;
(b)
menjalankan perniagaan penyediaan perkhidmatan yang layak di
Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;
(c)
diluluskan oleh Menteri apabila memenuhi syarat yang ditentukan olehnya.
P.U. (A) 241 3
“syarikat berkaitan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327];
“tahun taksiran yang dikecualikan” ertinya lima tahun taksiran berturut-turut yang mana pendapatan statutori pusat pengurusan perbendaharaan dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 5)
2012 berhubungan dengan perniagaannya yang menyediakan perkhidmatan yang layak.