Seksyen 1
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Cukai
Pendapatan
(Pengecualian) (No. 6) 2013.
(2)
Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa dari tahun taksiran 2011.
Tafsiran
/akn/my/act/pua/2013/40
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2013 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 40 2013, currently marked in force and first recorded in 2013.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Cukai
Pendapatan
(Pengecualian) (No. 6) 2013.
Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa dari tahun taksiran 2011.
Tafsiran
Dalam Perintah ini—
“aktiviti yang layak” ertinya mana-mana aktiviti yang berikut, dijalankan oleh orang yang layak dalam Kompleks RAPID:
pengadunan, pemprosesan atau pemecahan minyak mentah, kondensat, suapan atau suapan pertengahan;
pengeluaran, pembuatan atau pembangunan keluaran petroleum, petrokimia, kimia, produk pertengahan, akhir atau pengeluaran berkaitannya;
penyimpanan, perumusan, pengadunan, pengagihan atau pemasaran petroleum, petrokimia, kimia, produk pertengahan, akhir atau pengeluaran berkaitannya;
penjanaan, pengagihan atau jualan semua bentuk utiliti termasuk tetapi tidak terhad kepada elektrik, air, wap, gas, hidrogen, udara atau pengolahan bahan buangan;
“dilakukan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam perenggan 46 dan 55 Jadual 3 Akta;
“dilupuskan” ertinya dijual, dibuang, dimusnahkan atau jika ia tidak lagi digunakan bagi maksud aktiviti yang layak;
“Kompleks RAPID” ertinya kompleks yang mengandungi loji pemecahan cecair, loji penapisan, loji petrokimia atau pengeluaran kimia dan semua kemudahan sokongan dan tambahan temasuk tetapi tidak terhad kepada cecair gas asli (LNG), Terminal
Penerimaan dan Pengegasan Semula (RGT), loji berkuasa COGEN, kemudahan penyimpanan atau kemudahan pengolahan bahan buangan, dan terletak di Pengerang,
Johor;
“orang yang layak” ertinya—
mana-mana syarikat lain yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang Petroliam Nasional Berhad memegang sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus modal berbayar dalam saham biasa; atau
mana-mana syarikat lain yang diperbadankan di bawah Akta
Syarikat 1965 yang menjalankan aktiviti yang layak dalam
Kompleks RAPID yang Petroliam Nasional Berhad memegang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, saham biasa dalam syarikat itu;
4
“perbelanjaan modal yang layak” berhubungan dengan pengilangan atau pemprosesan, ertinya perbelanjaan modal yang dilakukan atas—
penyediaan mana-mana loji dan jentera dan pembinaan kilang yang digunakan di Malaysia berkaitan dengan dan bagi maksud aktiviti yang layak; atau
penyediaan mana-mana loji dan jentera dan pembinaan bangunan yang digunakan di Malaysia berkaitan dengan dan bagi maksud aktiviti yang layak yang berhubungan dengan penyelidikan dalaman, dengan syarat bahawa perbelanjaan modal yang layak itu tidak termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan atas bangunan yang digunakan sebagai tempat kediaman bagi seseorang, loji dan jentera yang disediakan keseluruhannya atau sebahagiannya untuk kegunaan pengarah atau individu yang merupakan anggota pengurusan, pentadbiran atau pekerja perkeranian bagi orang yang layak itu;
“syarikat yang berkaitan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327].
Bagi maksud
Perintah ini,
“RAPID”
adalah singkatan bagi
Pembangunan Integrasi Kilang Penapisan Minyak dan Petrokimia.
Pemakaian
Perintah ini hendaklah terpakai bagi orang yang layak yang telah membuat suatu permohonan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada atau selepas 10 Oktober 2011.
Pengecualian
Menteri mengecualikan orang yang layak pemastautin di Malaysia dalam tempoh asas bagi tahun taksiran daripada bayaran cukai pendapatan berkenaan dengan
5
pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti yang layak yang bersamaan dengan jumlah elaun sebagaimana yang ditentukan dalam subperenggan (2).
Amaun elaun yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah menjadi seratus peratus daripada perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran bagi tempoh sepuluh tahun taksiran berturut-turut (selepas ini disebut sebagai “tahun taksiran yang dikecualikan”).
Permulaan kuat kuasa tahun taksiran yang dikecualikan yang disebut dalam subperenggan (2)—
hendaklah dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang perbelanjaan modal yang layak yang pertama dilakukan oleh orang yang layak itu sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia; dan
tidak boleh awal daripada tiga tahun taksiran dalam tempoh asas tarikh permohonan yang disebut dalam perenggan 3 diterima, tetapi tidak boleh lebih awal daripada tahun taksiran 2011.
Jika orang yang layak melakukan perbelanjaan modal pertamanya yang layak berhubungan dengan aktiviti yang layak yang disebut dalam subperenggan (1)
yang akan dijalankan, bahawa perbelanjaan itu hendaklah disifatkan dilakukan dalam tahun asas bagi tahun taksiran yang mana orang yang layak mula menjalankan aktiviti itu.
Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh dibebaskan atau disifatkan telah membebaskan orang yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak bagi mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau memberikan apa-apa maklumat lain di bawah peruntukan Akta.
6
Pendapatan berkanun
Pendapatan berkanun yang disebut dalam subperenggan 4(1) dalam tempoh asas bagi tiap-tiap tahun taksiran yang dikecualikan hendaklah ditentukan selepas memotong elaun yang boleh diberikan di bawah Jadual 3 Akta walaupun tiada tuntutan bagi elaun itu telah dibuat.
Dengan syarat bahawa jika aset yang digunakan bagi maksud aktiviti yang layak, juga digunakan bagi maksud aktiviti atau perniagaan selain daripada aktiviti yang layak itu, maka elaun yang diberikan di bawah Jadual 3 Akta hendaklah dipotong sebagaimana yang munasabah dengan mengambil kira takat aset itu digunakan bagi maksud aktiviti yang layak.
Jika elaun diberikan kepada orang yang layak di bawah subperenggan 4(1) bagi tiap-tiap tahun taksiran yang dikecualikan, maka sekian banyak pendapatan berkanun daripada aktiviti orang itu bagi tiap-tiap tahun taksiran yang dikecualikan yang bersamaan dengan amaun elaun itu hendaklah dikecualikan daripada cukai bagi tiap-tiap tahun taksiran yang dikecualikan.
Jika, oleh sebab ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan berkanun, pengecualian tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya kepada amaun sebagaimana yang ditentukan yang orang yang layak itu berhak di bawah subperenggan 4(1) bagi tiap-tiap tahun taksiran yang dikecualikan itu, maka sekian banyak daripada amaun itu yang tidak boleh dikecualikan bagi tahun taksiran itu hendaklah dikecualikan bagi tahun taksiran pertama yang berikutnya bagi tempoh asas yang terdapat pendapatan berkanun daripada aktiviti yang layak itu, dan bagi tahun taksiran berikutnya sehingga keseluruhan amaun yang ianya berhak dikecualikan.
Penarikan balik perbelanjaan modal yang layak
Jika perbelanjaan modal yang layak dilakukan oleh orang yang layak atas aset yang digunakan bagi maksud aktiviti yang layak dan aset itu dilupuskan pada bila-bila masa dalam tempoh dua tahun dari tarikh pemerolehan aset itu, amaun pendapatan yang dikecualikan berkenaan dengan elaun aset tersebut disifatkan tidak dikecualikan kepada orang itu yang sepatutnya ia berhak.
7
Penentuan perbelanjaan modal yang layak atas pelupusan aset kepada suatu syarikat berkaitan 7.
Apa-apa pelupusan kilang, bangunan, loji atau jentera oleh orang yang layak kepada syarikat berkaitannya yang elaun telah diberikan atas aset itu di bawah subperenggan 4(2), maka amaun perbelanjaan modal yang layak yang diambil oleh syarikat berkaitan hendaklah disifatkan bagi suatu jumlah yang bersamaan dengan sifar.
Akaun berasingan
Orang yang layak hendaklah menyelenggara akaun berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada aktiviti yang layak dalam tempoh asas bagi tiap-tiap tahun taksiran sehingga aktiviti yang layak itu telah menggunakan keseluruhan elaun atau elaun yang ia berhak.
Ketidakpakaian
Perintah ini tidak terpakai bagi orang yang layak yang dalam tempoh asas bagi tahun taksiran orang itu—
telah membuat tuntutan bagi elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A atau elaun pelaburan di bawah Jadual 7B Akta;
telah diberikan apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327] kecuali di bawah seksyen 41 Akta Penggalakan
Pelaburan 1986;
telah diberikan apa-apa pengecualian lain di bawah seksyen 127 Akta kecuali di bawah Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 5) 2013
[P.U. (A) 39/2013];
8
Dibuat 29 Januari 2013
[Perb. 0.3865/449; LHDN 01/35/(S)/42/51/82-71; PN(PU2)80/LXVIII]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 127(4) Akta Cukai Pendapatan 1967]
9
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 6) ORDER 2013
Opening note
This Order is deemed to have come into operation from the year of assessment 2011.
Interpretation 2.
In this Order—
“qualifying activity” means any of the following activity carried out by a qualifying person in RAPID Complex:
blending, processing or cracking of crude, condensates, feedstock or intermediate feedstock;
production, manufacturing or product development of petroleum, petrochemical, chemicals, intermediate, final products or its related by-products;
storing, formulating, blending, distributing or marketing of petroleum, petrochemical, chemicals, intermediate, final products or its related by-products;
generation, distribution or sales of all forms of utilities including but not limited to electricity, water, steam, gases, hydrogen, air or waste treatment;
“incurred” has the same meaning assigned to it in paragraphs 46 and 55 of
Schedule 3 to the Act;
“disposed of” means sold, discarded, destroyed or if it ceases to be used for the purpose of qualifying activity;
“RAPID Complex” means a complex which consists of liquid cracker plants, refinery plants, petrochemical or chemical production plants and all support and auxiliary facilities including but not limited to liquid natural gas (LNG), Receiving and
Re-gasification Terminal (RGT), COGEN power plant, storage facilities or waste disposal facilities, and located in Pengerang, Johor;
“qualifying person” means—
(a)
Petroliam Nasional Berhad;
(b)
any other company incorporated under the Companies Act 1965
[Act 125] where Petroliam Nasional Berhad holds at least fifty-one per cent paid up capital in ordinary shares; or
(c)
any other company incorporated under the Companies Act 1965
which carries out qualifying activity within the RAPID Complex where Petroliam Nasional Berhad holds, either directly or indirectly, ordinary shares in that company.
“qualifying capital expenditure” in relation to manufacturing or processing, means capital expenditure incurred on—
11
(a)
the provision of any plant and machinery and construction of a factory used in Malaysia in connection with and for the purpose of the qualifying activity; or
(b)
the provision of any plant and machinery and construction of a building used in Malaysia in connection with and for the purposes of the qualifying activity relating to in-house research, provided that such qualifying capital expenditure shall not include capital expenditure incurred on building which are used as living accommodation for person, plant and machinery which are provided wholly or partly for the use of a director or an individual who is a member of the management, administration or clerical staff of that qualifying person;
“related company” has the same meaning as defined in section 2 of the
Promotion of Investments Act 1986 [Act 327].
(2)
For the purpose of this Order, “RAPID” is an abbreviation for Refinery and
Petrochemical Integrated Development.
Application 3.
This Order shall apply to a qualifying person who has made an application to the
Malaysian Investment Development Authority on or after 10 October 2011.
Exemption 4.
(1)
The Minister exempts a qualifying person resident in Malaysia in the basis period for a year of assessment from the payment of income tax in respect of statutory income derived from a qualifying activity which is equivalent to the amount of allowance as determined in subparagraph (2).
(2)
The amount of allowance referred to in subparagraph (1) shall be one hundred per cent of the qualifying capital expenditure incurred in the basis period for a
12
year of assessment for ten consecutive years of assessment (hereinafter referred to as the “exempt years of assessment”).
(3)
The commencement of the exempt years of assessment referred to in subparagraph (2)—
(a)
shall be in the basis period for a year of assessment where the first qualifying capital expenditure is incurred by that qualifying person falls as determined by Malaysian Investment Development
Authority; and
(b)
shall not be earlier than three years of assessment in the basis period the date of application referred to paragraph 3 is received, but not earlier than the year of assessment 2011.
(4)
Where a qualifying person incurs its first qualifying capital expenditure in relation to the qualifying activity referred to in subparagraph (1) which is about to carry on, then that expenditure shall be deemed to be incurred in the basis period for a year of assessment in which the qualifying person commences to carry on that activity.
(5)
Nothing in subparagraph (1) shall absolve or is deemed to have absolved the qualifying person from complying with any requirement to submit any return or statement of accounts or to furnish any other information under the provision of the
Act.
Statutory income 5.
(1)
The statutory income referred to in subparagraph 4(1) in the basis period for each of the exempt years of assessment shall be determined after deduction of allowances which fall to be made under Schedule 3 to the Act although no claim for such allowances has been made.
13
(2)
Provided that where an asset used for the purpose of the qualifying activity, is also used for the purpose of an activity or business other than that qualifying activity, then the allowance which falls to made under Schedule 3 to the Act shall be deducted as is reasonable having regard to the extent to which the asset is used for the purpose of the qualifying activity.
(3)
Where an allowance is given to a qualifying person under subparagraph 4(1) for each of the exempt years of assessment, so much of the statutory income of the activity of that person for each exempt year of assessment as is equal to the amount of the allowance shall be exempted from tax for each exempt year of assessment.
(4)
Where, by reason of the absence or insufficiency of the statutory income, effect cannot be given or cannot be given in full to the amount as determined to which the qualifying person is entitled under subparagraph 4(1) for each of that exempt years of assessment, then so much of that amount which cannot be exempted for that year of assessment shall be exempted for the first subsequent year of assessment for the basis period for which there is statutory income from that qualifying activity, and for subsequent years of assessment until the whole of the amount to which it is so entitled is exempted.
Withdrawal of qualifying capital expenditure 6.
Where qualifying capital expenditure is incurred by a qualifying person on an asset used for the purpose of qualifying activity and such asset is disposed of at any time within two years from the date of acquisition of the asset, the amount of income exempted in respect of the allowance of such asset is deemed to have not been exempted to that person to which it would otherwise be entitled.
Determination of qualifying capital expenditure on disposal of asset to a related company 7.
Any disposal of a factory, building, plant or machinery by a qualifying person to its related company in which allowance has been made on the asset under
14
subparagraph 4(2), then the amount of qualifying capital expenditure to be taken by the related company shall be deemed for a sum equal to zero.
Separate account 8.
A qualifying person shall maintain a separate account for the income derived from the qualifying activity in a basis year for each year of assessment until that qualifying activity utilized the whole allowance or allowances to which it is so entitled.
Non-application 9.
This Order shall not apply to a qualifying person who in the basis period for each exempt year of assessment —
(a)
has made a claim for reinvestment allowance under Schedule 7A or investment allowance under Schedule 7B of the Act ;
(b)
has been granted any incentive under the Promotion of Investment Act 1986 [Act 327] except under section 41 of the Promotion of Investment
Act 1986;
(c)
has been granted any other exemption under section 127 of the Act except for
Income
Tax
(Exemption)
(No.
5)
Order 2013
[P.U. (A) 39/2013];
Made 29 January 2013
[Perb. 0.3865/449; LHDN.01/35/(S)/42/51/82-71; PN(PU2)80/LXVIII]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Second Finance Minister
[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 127(4) of the Income Tax Act 1967]