Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Dalam Perintah ini—
“aktiviti yang layak” ertinya mana-mana aktiviti yang berikut, dijalankan oleh orang yang layak dalam Kompleks RAPID:
(a)
pengadunan, pemprosesan atau pemecahan minyak mentah, kondensat, suapan atau suapan pertengahan;
(b)
pengeluaran, pembuatan atau pembangunan keluaran petroleum, petrokimia, kimia, produk pertengahan, akhir atau pengeluaran berkaitannya;
(c)
penyimpanan, perumusan, pengadunan, pengagihan atau pemasaran petroleum, petrokimia, kimia, produk pertengahan, akhir atau pengeluaran berkaitannya;
(d)
pengegasan semula LNG kepada gas dan pengagihannya yang relevan; atau 3
(e)
penjanaan, pengagihan atau jualan semua bentuk utiliti termasuk tetapi tidak terhad kepada elektrik, air, wap, gas, hidrogen, udara atau pengolahan bahan buangan;
“dilakukan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepadanya dalam perenggan 46 dan 55 Jadual 3 Akta;
“dilupuskan” ertinya dijual, dibuang, dimusnahkan atau jika ia tidak lagi digunakan bagi maksud aktiviti yang layak;
“Kompleks RAPID” ertinya kompleks yang mengandungi loji pemecahan cecair, loji penapisan, loji petrokimia atau pengeluaran kimia dan semua kemudahan sokongan dan tambahan temasuk tetapi tidak terhad kepada cecair gas asli (LNG), Terminal
Penerimaan dan Pengegasan Semula (RGT), loji berkuasa COGEN, kemudahan penyimpanan atau kemudahan pengolahan bahan buangan, dan terletak di Pengerang,
Johor;
“orang yang layak” ertinya—
(a)
Petroliam Nasional Berhad;
(b)
mana-mana syarikat lain yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang Petroliam Nasional Berhad memegang sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus modal berbayar dalam saham biasa; atau
(c)
mana-mana syarikat lain yang diperbadankan di bawah Akta
Syarikat 1965 yang menjalankan aktiviti yang layak dalam
Kompleks RAPID yang Petroliam Nasional Berhad memegang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, saham biasa dalam syarikat itu;
4
“perbelanjaan modal yang layak” berhubungan dengan pengilangan atau pemprosesan, ertinya perbelanjaan modal yang dilakukan atas—
(a)
penyediaan mana-mana loji dan jentera dan pembinaan kilang yang digunakan di Malaysia berkaitan dengan dan bagi maksud aktiviti yang layak; atau
(b)
penyediaan mana-mana loji dan jentera dan pembinaan bangunan yang digunakan di Malaysia berkaitan dengan dan bagi maksud aktiviti yang layak yang berhubungan dengan penyelidikan dalaman, dengan syarat bahawa perbelanjaan modal yang layak itu tidak termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan atas bangunan yang digunakan sebagai tempat kediaman bagi seseorang, loji dan jentera yang disediakan keseluruhannya atau sebahagiannya untuk kegunaan pengarah atau individu yang merupakan anggota pengurusan, pentadbiran atau pekerja perkeranian bagi orang yang layak itu;
“syarikat yang berkaitan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327].
(2)
Bagi maksud
Perintah ini,
“RAPID”
adalah singkatan bagi
Pembangunan Integrasi Kilang Penapisan Minyak dan Petrokimia.
Pemakaian