Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2016 (PINDAAN) 2018

Seksyen 2

Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 6) 2016 [P.U. (A) 159/2016], yang disebut “Perintah ibu” dalam Perintah ini dipinda dalam perenggan 3 dengan memasukkan selepas subperenggan 3(1) subperenggan yang berikut:

“(1A) Orang yang layak yang disebut dalam Perintah ini hendaklah memenuhi kehendak yang berikut:

(a)

mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa yang mencukupi yang diluluskan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur bagi menjalankan aktiviti yang layak; dan

(b)

melakukan perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi yang diluluskan bagi menjalankan aktiviti yang layak atau pelaburan dalam harta tetap yang mencukupi yang diluluskan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur bagi menjalankan aktiviti yang layak.”.

Pindaan perenggan 5

Section 2 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2016 (PINDAAN) 2018