Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2016 (PINDAAN) 2018

Seksyen 3

Perenggan 5 Perintah ibu dipinda—

(a)

dalam subperenggan (1) dengan menggantikan perkataan “Menteri”

dengan perkataan “Tertakluk kepada perenggan ini, perenggan 5A dan 6,

Menteri”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subperenggan (4) subperenggan yang berikut:

“(4A) Tertakluk kepada subperenggan (4B), jika orang yang layak telah diberikan pengecualian di bawah subperenggan (1) pada atau sebelum 16 Oktober 2017, kehendak yang disebut dalam subperenggan 3(1A) hendaklah tidak terpakai bagi orang yang layak itu sehingga 30 Jun 2021.

(4B)

Jika orang yang layak menjalankan suatu aktiviti yang layak yang baharu selepas 16 Oktober 2017, subperenggan (4A) hendaklah tidak terpakai dan orang yang layak itu hendaklah diberikan pengecualian di bawah subperenggan (1) berhubungan dengan aktiviti yang layak yang baharu itu sehingga 31 Disember 2018.

(4C)

Jika orang yang layak telah diberikan pengecualian di bawah subperenggan (1) selepas 16 Oktober 2017, kehendak yang disebut dalam subperenggan 3(1A) hendaklah tidak terpakai bagi orang yang layak itu sehingga 31 Disember 2018.”.

Perenggan baharu 5A

Section 3 — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2016 (PINDAAN) 2018