Malaysia legislation

Section 5A

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2016 (PINDAAN) 2018

Seksyen 5A

“Pendapatan harta intelek yang tidak diambil kira

(1)

Dalam menentukan pendapatan berkanun suatu orang yang layak yang disebut dalam subperenggan 5(1), pendapatan harta intelek yang berikut yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak yang disediakan oleh orang yang layak hendaklah tidak diambil kira:

P.U. (A) 393 4

(a)

royalti dan pendapatan lain yang diperoleh pada atau selepas 1 Julai 2018 tetapi sebelum 1 Julai 2021, daripada hak harta intelek yang baharu yang dimiliki oleh orang yang layak; dan

(b)

royalti dan pendapatan lain yang diperoleh pada atau selepas 1 Julai 2021 daripada semua hak harta intelek yang dimiliki oleh orang yang layak.

(2)

Bagi maksud subperenggan (1)—

(a)

orang yang layak memiliki hak harta intelek jika orang yang layak itu adalah pemilik atau pemegang lesen hak itu;

(b)

royalti atau pendapatan lain adalah diperoleh daripada hak harta intelek jika ianya diterima sebagai balasan bagi pengeksploitasian secara komersial hak tersebut;

(c)

“hak harta intelek” ertinya suatu hak yang timbul daripada paten, inovasi dan penemuan utiliti, hak cipta, cap dagangan dan cap perkhidmatan, reka bentuk industri, reka bentuk susun atur litar bersepadu, proses atau formula dan pengetahuan rahsia, petunjuk geografi dan pemberian perlindungan suatu varieti tumbuhan dan hak-hak lain yang serupa, sama ada berdaftar atau boleh daftar;

(d)

“hak harta intelek yang baharu” ertinya hak harta intelek yang berkaitan dengan aktiviti yang layak orang yang layak yang—

(i)

menjadi pemilikan orang yang layak pada atau selepas 1 Julai 2018; atau

P.U. (A) 393 5

(ii)

menjadi pemilikan orang yang layak selepas 16 Oktober 2017 tetapi sebelum 1 Julai 2018

akibat daripada perolehan oleh orang yang layak, secara langsung atau tidak langsung, daripada syarikat berkaitan; dan

(e)

“syarikat berkaitan”

mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2

Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327].

(3)

Apa-apa pendapatan harta intelek yang tidak diambil kira dalam subperenggan (1) adalah tertakluk kepada cukai di bawah Akta.”.

Pindaan Jadual 5.

Jadual kepada Perintah ibu dipinda, berhubung dengan butiran 3, dalam ruang (2), dengan menggantikan perkataan “Maklumat, komunikasi dan teknologi”

dengan perkataan “Perkhidmatan yang berhubungan dengan maklumat, komunikasi dan teknologi”.

Dibuat 31 Disember 2018

[PERB.0.3865/73(SJ.133)(SK.2)LHDN.AY.A.600-12/1/7(26-1); PN(PU2)80/XCII]

DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH BINTI DR. WAN ISMAIL

Timbalan Perdana Menteri yang menjalankan fungsi-fungsi Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 127(4)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 393 6

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (EXEMPTION) (NO. 6) 2016 (AMENDMENT) ORDER 2018

Section 5A — PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2016 (PINDAAN) 2018