Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN) (NO. 6) 2018

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

“aktiviti menjanakan pendapatan teras” ertinya aktiviti yang dijalankan oleh suatu hab prinsipal berhubung dengan penyediaan perkhidmatan yang layak atau aktiviti perdagangan yang layak;

“aktiviti perdagangan yang layak” ertinya aktiviti yang dijalankan oleh suatu hab prinsipal selain suatu syarikat berasaskan komoditi, berkenaan dengan pemerolehan dan penjualan bahan mentah, komponen dan barangan siap daripada hab prinsipal itu kepada suatu syarikat rangkaian di dalam atau di luar Malaysia;

“hab prinsipal" ertinya suatu hab prinsipal sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 3;

“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan

Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan

Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397];

“perkhidmatan yang layak” ertinya perkhidmatan yang dinyatakan dalam